Showing posts with label CERITA SERAM. Show all posts
Showing posts with label CERITA SERAM. Show all posts

Thursday, 15 June 2017

CARA MENGUNDANG HANTU ( 2014 )



SINOPSIS 

Filem yang dilakonkan oleh seniwati Mariani dan Rosminah Sidek ini memaparkan kisah seram yang dibahagikan kepada empat kisah yang berlainan dan digabungkan untuk dijadikan sebuah filem. Filem seram ini juga mendapat sentuhan kreatif pengarah berbangsa India, M.Subash. Selain menggandingkan pelakon veteran seperti Rosmindah Sidek dan Mariani, filem ini turut menampilkan pelakon Imuda dan Mak Jah.

KHURAFAT : PERJANJIAN SYAITAN ( 2011 )



SINOPSIS

Filem ini berkisar tentang perjanjian manusia dengan syaitan yang sama sekali dilarang Islam. Antara barisan pelakonnya ialah terdiri dari pengarahnya sendiri iaitu Shamsul Yusuf. Lain-lain seperti Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi.

Sedikit sinopsis dari sumber blogging menceritakan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan. Ia sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci Islam. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah serta disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).


HIGHLAND TOWER ( 2013 )



SINOPSIS 

MIKA dan NIZAM awalnya pergi ke sebuah rumah tua untuk mendapatkan footages nyata hantu tetapi tidak berhasil. Mereka kemudian mendapat ide untuk membuat sebuah film dokumenter pendek horor di sebuah bangunan tua bernama HIGHLAND TOWER. Dengan pendanaan dari produksi MiG, Mika dan Nizam akan bekerja sama dalam sebuah tim besar dengan EDY, SHIMA, Atikah, ADIBAH dan Itik. Sambil mencari rekaman yang baik, beberapa insiden aneh terjadi. Akankah mereka lolos pengalaman mengerikan ini?

JENGKA ( 2015 )


SINOPSIS

Jengka mengisahkan tentang Nina yang keguguran semasa melarikan diri di ladang kelapa sawit. Namun sesuatu terjadi apabila bayinya dikatakan masih hidup dan dilarikan oleh penunggu. Orang kampung berusaha membantu mencari Nina dan anaknya, namun perkara seram terjadi sepanjang pencarian mereka

RASUK ( 2011 )



SINOPSIS

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman seorang pengarah fotografi  bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati sering berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu.  Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut.  Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Doktor berpendapat bahawa Melati memiliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan diri. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru telah menuduh semua yang berlaku adalah angkara Pak Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menafikan kerana Pak Mail adalah orang yang membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.
Pak Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu keadaan Melati semakin serius, dan akhirnya dia dibantu oleh Ustaz untuk menghilangkan gangguan tersebut. Ustaz sememangnya dari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut setelah melihat  perkara-perkara ganjil yang  berlaku terhadap Arman dan Melati. Pak Mail akhirnya membongkarkan misteri banglo Melayu lama itu.
Akhirnya dengan bantuan Ustaz, berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu kehidupan Arman dan Melati tewas.

VOLKSWAGEN KUNING


SYNOPSIS

Mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) 

dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad 

bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka 

menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet 

tiada.Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan

 tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk 

meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan 

yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan. 

Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan 

mereka terlibat dengan kemalangan. Fuad kemudiannya ditahan di wad, manakala Sarah 

mengalami kecederaan ringan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah 

pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah

 membawa pulang 'sesuatu' bersamanya. Pak Ayob, bapa saudara Fuad mula menyiasat 

tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan itu, telah

 membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Apa yang bakal 

berlaku seterusnya?