Showing posts with label FILEM MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label FILEM MALAYSIA. Show all posts

Thursday, 15 June 2017

KHURAFAT : PERJANJIAN SYAITAN ( 2011 )



SINOPSIS

Filem ini berkisar tentang perjanjian manusia dengan syaitan yang sama sekali dilarang Islam. Antara barisan pelakonnya ialah terdiri dari pengarahnya sendiri iaitu Shamsul Yusuf. Lain-lain seperti Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi.

Sedikit sinopsis dari sumber blogging menceritakan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan. Ia sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci Islam. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah serta disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).


HIGHLAND TOWER ( 2013 )



SINOPSIS 

MIKA dan NIZAM awalnya pergi ke sebuah rumah tua untuk mendapatkan footages nyata hantu tetapi tidak berhasil. Mereka kemudian mendapat ide untuk membuat sebuah film dokumenter pendek horor di sebuah bangunan tua bernama HIGHLAND TOWER. Dengan pendanaan dari produksi MiG, Mika dan Nizam akan bekerja sama dalam sebuah tim besar dengan EDY, SHIMA, Atikah, ADIBAH dan Itik. Sambil mencari rekaman yang baik, beberapa insiden aneh terjadi. Akankah mereka lolos pengalaman mengerikan ini?

JENGKA ( 2015 )


SINOPSIS

Jengka mengisahkan tentang Nina yang keguguran semasa melarikan diri di ladang kelapa sawit. Namun sesuatu terjadi apabila bayinya dikatakan masih hidup dan dilarikan oleh penunggu. Orang kampung berusaha membantu mencari Nina dan anaknya, namun perkara seram terjadi sepanjang pencarian mereka

RASUK ( 2011 )



SINOPSIS

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman seorang pengarah fotografi  bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati sering berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu.  Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut.  Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Doktor berpendapat bahawa Melati memiliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan diri. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru telah menuduh semua yang berlaku adalah angkara Pak Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menafikan kerana Pak Mail adalah orang yang membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.
Pak Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu keadaan Melati semakin serius, dan akhirnya dia dibantu oleh Ustaz untuk menghilangkan gangguan tersebut. Ustaz sememangnya dari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut setelah melihat  perkara-perkara ganjil yang  berlaku terhadap Arman dan Melati. Pak Mail akhirnya membongkarkan misteri banglo Melayu lama itu.
Akhirnya dengan bantuan Ustaz, berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu kehidupan Arman dan Melati tewas.

NGANGKUNG ( 2010 )


SYNOPSIS
‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.
Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.
Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?

AL-HIJAB ( 2011 )



SYNOPSIS

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. 
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. 
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?